Search
Search
Kita tak akan faham sebab tak duduk ditempat dia

Kita tak akan faham sebab tak duduk ditempat dia

SEMUA ORANG ADA STRUGGLE MASING-MASING

Samada kita nampak atau tidak, everyone is struggling. Kadang-kadang kita senang je cakap “dia bolehlah, dia takpelah, dia untunglah..” Sedangkan kita tak pernah tahu betapa strugglednya dia.

Kita tak nampak yang dia terpaksa melepaskan sesuatu untuk meraih sesuatu. Selagi kita bernafas, kita semua sedang berjuang dengan ujian masing-masing.

Ada orang struggle nak solat. Ada orang struggle family broken. Ada orang struggle nak tinggalkan yang haram. Ada orang struggle nak dapat anak.

Ada orang struggle di sihir. Ada orang struggle cari duit. Ada orang struggle cari kebahagian. Ada orang struggle untuk mendapat kasih sayang.

Trust me, everyone have their own struggle. Don’t judge and be nice.

Kita semua ada struggle masing-masing. ALLAH letak kita dalam battlefield yang berbeza, sebab keupayaan kita tak sama. Never compare your life with others.

Just because kau tak struggle dalam sesuatu hal, tak bermakna orang lain tak perlu struggle. Just because kau seorang je kena struggle, tak bermakna kau teruk.

Saat kita berasa orang lain lebih beruntung dari kita. It’s wrong! Apa yang kita lihat, belum tentu sama dengan apa yang dia rasakan sebenarnya.

You’re not that bad. Semua orang ada bahagian masing-masing. Semua orang ada kelebihan masing-masing. Semua orang ada keburukan masing-masing.

ALLAH bagi kita semua orang merasa nikmat, tapi kenapa kita susah sangat nak bersyukur?

Hidup ini jangan cari alasan, kita kena cari jalan penyelesaian. Jalankan tanggungjawab kita sebagai hamba ALLAH.

Dan setiap pengorbanan sebaiknya dipaksikan dengan niat melakukannya untuk mencari redha ALLAH, dilakukan kerana ALLAH. Selagi di beri kekuatan jangan pernah berhenti berjuang.

Semoga ALLAH permudahkan perjalanan hidup kita. Walau kita terpaksa mengharungi perjalanan yang sukar, pasti kesenangan dan kemanisan di penghujungnya.

Percayalah, jika diri tenang dan yakin akan kekuatan doa mampu mengubah takdir. Maka keajaiban akan datang. Dan bukankah tidak ada sehelai daun pun yang gugur melainkan atas kehendakNya.

Sama-sama pegang ayat dari dalam Al-Quran ini “Jika kamu bersyukur nescaya Aku tambahi nikmat bagi kamu. Dan sekiranya kamu kufur dan ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”.

Sumber: Rohana Saad

Sesuap

Menu