Search
Search
Ada kesusahan yang dialami dalam setiap fasa kehidupan

Ada kesusahan yang dialami dalam setiap fasa kehidupan

Struggle.

Dalam hidup setiap manusia, akan ada kesusahan yang dialaminya dalam setiap fasa kehidupan. Sesuai dengan ayat Al Quran dalam surah Al Balad ini.

“Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran ( jasmani dan rohaninya)” – Al-Balad:4

Ada kesusahan yang dialami ketika kecil, di alam persekolahan, berdepan konflik keremajaan, pergaduhan, dibuli atau tiada wang belanja.

Ada kesusahan yang dialami di alam dewasa, baik dalam kerjaya, mahupun dalam keluarga.

Ada yang susah tiada duit, ada yang susah dengan anak, ada yang susah tiada anak, ada yang susah dengan kesakitan, ada yang susah dengan perjuangan.

Dalam kesesakan jalan raya, ada beribu jiwa yang mempunyai kesusahan yang tersendiri, dalam waktu tenang solat Jumaat, setiap insan yang hadir ada juga susah yang sedang difikirkannya.

Ada yang kuat, diuji dengan susah yang berat, ada yang biasa, diuji dengan susah yang luarbiasa, ada yang lemah, diuji juga dengan cara yang tersendiri.

Ujian orang lain, mungkin ujian untuk kita juga.

Agar jelas siapa antara kita yang lebih baik amalannya.

Hidup kita ini milik Allah semuanya. Janganlah bangga kita boleh buat itu ini kerana Allah boleh ambil nyawa kita bila – bila masa sahaja.

Kerana tiada siapa yang berjaya hinggalah dirinya berjaya mewarisi syurga Firdaus.

Sumber: Hisham Sharif

Sesuap

Menu