Search
Search
Biar sedikit jangan tak ada langsung

Biar sedikit jangan tak ada langsung

Berbual dengan Cik Puan Isteri tentang betapa struggle hidup di kota KL ni.

Kami sama sama bersyukur kerana semakin hari kehidupan semakin baik walaupun taklah sesenang mana.

Ada rakan rakan yang masih mengikat perut demi survival kehidupan. Tambah tambah selepas pandemik.

Ini cerita orang yang bekerja. Ada pendapatan bulanan namun sakit untuk menyara hidup. Anak anak ramai dan banyak komitmen harus dilangsaikan. Gaji yang tak seberapa hingga makan pun terpaksa di catu.

Kenangan kami semasa baru menjejak kaki ke kotaraya ini, dengan aku yang 3 bulan belum bergaji. Waktu itu dah ada anak seorang.

Sukarnya tak dapat digambarkan. Kami berkongsi sepeket maggi untuk makan malam. Pernah rendam biskut 4 segi bersama air teh.

Walaupun sukar ditelan..digagahi jua demi kelangsungan hidup.

Merempit bersama motosikal yang dipinjam dari abang iparku yang baik hati. Dengan RG Sport klac hidup aku merentas tengah tengah bandaraya KL yang senantiasa sesak.

Ada momen yang kami simpan sebagai kenangan hidup. Tersimpan dan terkunci rapi.

Bila kita menulis tentang kemiskinan, ada juga yang mempersoalkan tentang keikhlasan dan kebenaran.

Bagi aku kebenaran akan muncul kalau kita mahu mencari. Turunlah sendiri dan menyantuni masyarakat. Tak perlu bergelar YB atau menteri untuk bertanya khabar.

Mulakan dengan keluarga dan jiran tetangga atau rakan sekerja dahulu. Lepas itu baru kita layak untuk mempersoalkan hati nurani orang lain.

Dan tanya diri sendiri apa yang aku lakukan untuk membantu. Bukan mempersoalkan hati dan keikhlasan orang lain.

Ada yang menolong senyap senyap. Ada yang perlu diceritakan. Pilihan ditangan sendiri.

Kita menulis sebagai teladan dan iktibar. Supaya lebih ramai dapat dibantu. Dunia medsos hari ini ada kelebihan dan kekurangan tersendiri.

Ada rakan sekerja yang dari dari dulu membawa bekal ke tempat kerja.

Dengan isteri yang mempunyai masalah kesihatan namun mereka rajin menambah pendapatan dengan membuat kek dan kuih namun masih tidak mampu menanggung kehidupan.

Anak pula ramai. Kereta sudah tertunggak namun hidup perlu diteruskan. Bukan mereka tidak berusaha.

Sebab itu jangan pandang orang susah dengan kejian. Mereka bukan malas. Ada yang tidak bernasib baik. Kita tidak memakai kasut mereka.

Bagi aku, apa jua tujuan menggunakan medsos ini terpulang kepada kebijaksanaan diri masing masing.

Pilihan ditangan sendiri. Segala yang kita lakukan akan dicatat walau sebesar zarah pun.

Biar sedikit jangan tak ada langsung.

Sumber: Cikgu Zahran

Sesuap

Menu