Search
Search
Berusaha mengubah nasib keluarga tanpa merungut

Berusaha mengubah nasib keluarga tanpa merungut

Untuk berjaya dalam bisnes, kita jangan cepat rasa stress atau serabut kalau banyak kerja yang kita kena buat dalam satu masa.

Nak berjaya memang macam tu. Kena belajar hidup struggle, tak cukup masa, kena berlari ke sana sini, takde me time.

Itulah pengalaman manis yang akan kita kenang esok-esok bila dah berjaya.

Semua usahawan yang kita tengok berjaya hari ni, semuanya bermula dari bawah. From scratch. From Zero To Hero.

Kita bukannya lahir dalam guni beras. Kita bukannya lahir dalam dulang emas. Nak dapatkan sesuatu, kita kena korbankan sesuatu.

Dan pengorbanan itu bukan ambil masa yang sekejap. Ada yang lepas setahun, 3 tahun, 5 tahun, 10 tahun, selepas 20 tahun pun ada. Kena sabar je. Masa kita akan tiba. Allah pandang setiap usaha kita.

Jika kita IKHLAS berusaha untuk mengubah nasib keluarga tanpa merungut penat, tanpa hidup mengadu domba, tanpa hidup dengki khianat pada orang lain, Insyaallah, akan tiba waktunya kita berjaya seperti mereka yang telah berjaya.

Percaya pada perancangan Allah, teruskan berusaha, pasti akan tiba masanya…

Anda penat? Bersabarlah, teruskan usaha..
Anda tak cukup masa? Bersabarlah, teruskan usaha…
Anda struggle nak bayar segala komitmen? Bersabarlah, teruskan usaha…

Masyaallah, tingginya darjat orang yang bersabar dan sentiasa memudahkan urusan orang lain. Sentiasa jaga hubungan kita dengan Allah SWT dan jaga hubungan kita sesama manusia jugak.

Hablumminallah wa hablumminannas…

Sekian celoteh Mama petang ni. Semoga bermanfaat.

Sumber: Wan Rosni

Sesuap

Menu