Search
Search
Hidup adalah pilihan bukannya paksaan

Hidup adalah pilihan bukannya paksaan

“Struggle di peringkat quarter-life crisis adalah perkara normal,Hidup adalah pilihan,bukannya paksaan.”

“Eh Senah,kau dah umur 28 tahun pun masih tak kahwin lagi,tak laku ler tu takde orang nak masuk meminang.”

“Weh Karim,kau dah umur 30 pun masih takde aset.Ke sana sini naik motor,selesa ke hidup macam ni?”

Kebiasaannya,masyarakat kita sering meletakkan bahawa umur 20-30 tahun adalah waktu terbaik untuk kita hidup saling berkejaran dan berlumba di antara satu sama lain.

Sehinggakan satu tahap jika kita masih tiada apa-apa ketika umur hampir mencecah 30 tahun,

Kita akan dipandang rendah,malah ada mulut masyarakat yang mengatakan kita seolah-olah gagal di dalam hidup.

Pada masa ini kita rasa hidup kita bergerak sangat pantas,

Melihat rakan di sekeliling seorang demi seorang berkahwin,mempunyai pekerjaan yang stabil,memiliki aset peribadi,

Dan akhirnya kita rasa kurang yakin dengan diri sendiri kerana tidak mencapai standard yang ditetapkan oleh budaya masyarakat.

Sedangkan hidup ini adalah pilihan kita, malah ianya juga adalah perjalanan,bukannya perlumbaan.

Tiada guna jika kita pilih untuk berkahwin pada umur 27 tahun dalam keadaan tidak bersedia sepenuhnya,akhirnya kita bercerai pada umur 35 tahun.

Sedangkan kita ada pilihan untuk bersedia dari segi mental, kewangan, ilmu agama dan parenting dan kemudian baru lah ambil keputusan untuk berkahwin.

Biar lah orang kata kita kahwin lewat,umur terlajak 35 tahun baru nak kahwin. Yang pasti kita hidup berdasarkan pilihan kita,bukannya pilihan orang lain.

Tiada guna jika kita berlumba beli aset ketika di usia 26 tahun. Beli kereta luar negara, beli rumah corner lot untuk tunjuk hidup kita sempurna.

Sedangkan kita masih belum ada kerja stabil dan masih tidak cekap urus duit. Akhirnya, kereta dan rumah terpaksa dilelong sebab hutang sudah penuh di keliling pinggang.

Lebih baik kita menyimpan dahulu,bina tabung kecemasan, hidup jimat cermat. Bila sampai masa yang tepat dan diri sudah yakin, baru lah kita mula kumpul aset,

Tidak kisah lah umur kita 30, 35, 40 tahun baru kita ada aset yang penting kita sedar dan ada matlamat hidup.

Kita beli aset, kita yang bayar, bukannya masyarakat sekeliling yang bayar.

Jiwa kena kuat ketika di fasa ini, cari lah circle yang positif dan boleh bantu kita rancang masa depan.

Kalau kita cari circle makcik bawang dan pak cik kentang, habis lah hidup kita gelabah nanti.

Habis semua perkara nak dijadikan perlumbaan. Jaga jiwa elok-elok di fasa ini.

Ada yang tersungkur dan tidak mampu untuk bangkit semula. Ada juga yang tersungkur tetapi dia lawan dan terus berjaya.

Ada juga yang berjaya pada fasa ini tetapi tersungkur selepas umur 30 tahun.

Hidup ini adalah pilihan, Apa kita nak jadi, kita pilih,kita tentukan dan kita buat.

Hidup Kita, Cara Kita.

Sumber: Abdul Fikri Ramzi

Sesuap

Menu