Sekolah sekarang tak sama macam dulu.
Dulu kita pergi sekolah enjoy, masa belajar pun boleh lagi main-main.
Sekarang, haish.. kesian anak-anak kita.
Silibus mengarut. SOP macam-macam. Subjek tahun 2 je anak saya kena belajar 13 subjek.
Kita dulu UPSR pun 5 subjek je. Aduhai. Tepu abis kepala otak kalau kena hadap 13 subjek.
Sebab tu la tuan puan yang saya hormati sekalian.
Kita sebagai orang tua kena cuba fahami “struggle” hidup anak-anak kita pada hari ini.
Jauh berbeza dengan masa kita kecil dulu.
Kalau nampak anak balik, sampai je rumah terus campak beg nak keluar main biarkan.
Jangan di suruh buat kerja sekolah lagi !
Dia bukan fikir nak main je tapi ketahuilah bahawa anak itu sedang nak release segala tekanan yang dia serap dari sekolah.
Kalau nampak anak balik, muka monyok tak ceria jangan di biar begitu sahaja.
Ajak dia berborak, tanya apa perasaan dia di sekolah hari tu.
“Kakak seronok sekolah hari ni?”
Percayalah, dari riak wajah & nada suara si anak tu sudah cukup menjawab dia seronok atau tidak.
Di rumah soal belajar jangan terlalu serius, tapi berpada-pada la.
Belajar macam mana pun, mesti kena ada rehat. Mesti ada mainannya. Mesti ada hiburannya.
Anak masih kecil, kemahiran urus tekanan, emosi & mental memang lemah sangat.
Cukup la anak tertekan & tepu di sekolah usah di bawa tekanan & ketepuan itu sampai ke dalam kediaman kita juga.
Nescaya, susah la anak tu nak berasa gembira & santai dengan hidupnya kelak.
Wallahu a’lam..
Sumber: Mohd Fhais Salim