Search
Search
Gaji baru masuk 2 hari dah habis

Gaji baru masuk 2 hari dah habis

Struggle hidup masa kini hanya yang mengalaminya rasa terkesan. Gaji baru masuk 2 hari, dah clear.

Dulu masa Ahmad Maslan suruh buat 2 kerja, kita gelak. Hari ni aku baru tersentak daripada lamunan.

Punya anak ramai , kos hidup makin tinggi, harga barang makin naik, tapi gaji still tak tambah. Kalau bertambah pun bagi kakitangan awam setahun tidaklah banyak sangat gais.

Bila hang ada anak seorang atau 2, boleh lagi maintain cara hidup mewah. Tapi, bagi aku kehidupan aku tak mewah mana pun.

Gaji pertama aku beli motorsikal dulu, share seorang setengah pembayaran dengan suami buat kami mudah bergerak.

Lepas berkahwin sebulan, dapat posting kat Hospital Langkawi. Allah permudahkan bila pjj. 2 bulan setengah di sana, ada pertukaran dalaman.

Aku dapat balik bekerja di Hospital Sultanah Bahiyah sampailah sekarang. Servis dah 13 tahun.

Aku masih menaiki kancil kecil yang penuh dengan minyak sebab suami gunakan kereta itu untuk pomen traktor dan mesin padi.

Perbelanjaan hidup makin terasa apabila aku terpaksa cut off susu Pediasure yang Dr pernah suggest untuk belikan pada dia untuk tambah berat badan.

Dulu dia memang susah nak naik berat badan kerana masalah Conginetal AVSD yang dia ada. Bayangkan umur 6 bulan, minum susu masih 2 auns setengah.

Yang bestnya admit ward masa tu sebab Pneumonia. Dr tak detect lagi masalah jantung tu. Dr tulis diagnosis Inadequate diet. Aku baca sebagai mak rasa touching gila.

Takkanlah aku ni mak bodoh sangat tak pandai susukan anak. Bila aku bagi lebih saja susu tu, habis dia akan muntahkan. Lagi rasa kesian weh.

Orang taktau cakap, waaa senanglah hang kerja dengan kerajaan nanti senang buat loan. Boleh beli kereta besaq, rumah besaq, bini besaq.

Otak ja jadi makin kecik sebab dok pikiaq beban bayaq hutang sampai pencen dok ada lagi. Hidup dalam hutang.

Tak berhutang, tak boleh buat rumah. Tak boleh beli kereta besaq, tak boleh beli bini besaq. Kita bukanlah beranak dalam keluarga kaya. Boleh mak ayah sponsor.

Kalau dalam drama bolehlah hari hari masuk ofis kerja sign cheque, pi site melawat. Pakai topi pun tabetoi, ada hati. Kahkah!!

So, para pejuang kehidupan pada hari ini yang masih struggle termasuk aku, aku doakan kita sama sama berjaya gais one day.

Bersusah susah dahulu, bersenang senang kemudian.

Dunia tempat kita di uji, akhirat nanti kita bersenang lenang dalam Syurga. Itupun kalau dapat masuk Syurga.

Sama sama kita doakan yang baik baik.

Bekerjalah kamu seolah olah kamu akan hidup 1000 tahun lagi. Beribadatlah kamu seolah olah kamu akan mati esok hari.

Sumber: Asmawati Ahmaadd

Sesuap

Menu