Search
Search
Hidup ini bukan satu perlumbaan

Hidup ini bukan satu perlumbaan

Perodua Axia SE 1.0 (A) & (M). Model kereta tahun 2018. Inilah kereta yang Aku dan isteri gunakan setiap hari ke tempat kerja untuk mencari rezeki.

Sebuah kereta kecil dan comel yang jimat minyak, kos maintenance yang rendah dan roadtax setahun cuma berharga RM22.50 sahaja.

Komitmen bulanannya alhamdulillah, tidaklah terlalu membebankan.

Bergantung pada duit muka yang kita bayar sebagai pendahuluan. Komitmen bulanan Axia Aku hanya RM320 saja sebulan…Oklah kan. Takdalah struggle Aku nak bayar bulan-bulan.

Orang nak kutuk tu biasalah…Aku dah lali dengan semua tu. Lagipun, kita bukannya hidup dengan pujian dan kejian orang.

Menunjuk-nunjuk kereta kat FB dan Tik-Tok is too mainstream. Zaman sekarang, orang berjaya tak tayang kereta dah sekarang ni.

Kawan,

Belajarlah menyimpan. Fokus kumpulkan aset, bukan liabiliti. Sekarang adalah masa untuk kita banyakkan simpanan.

Belanja benda-benda yang penting sahaja. Yang tak penting tangguhkan dulu. Belajar berjimat to the maximum kata orang tua-tua.

Nasihat untuk anak muda,

▪︎ Kereta hanyalah sebuah kenderaan untuk bergerak dari point A ke point B, tak lebih dari itu…

▪︎ Jangan habiskan duit gaji pada kereta semata-mata untuk kepuasan diri dan impresskan orang sekeliling.

▪︎ Memiliki kereta mewah bukan petanda hidup anda telah berjaya.

▪︎ Jangan terikut-ikut dengan kawan. Amalkan formula setahun gaji untuk harga kereta yang sesuai dengan kita.

▪︎ Biar kereta tak lawa, janji saving dalam ASB, Tabung Haji, Unit Trust dan simpanan emas kita berkepuk-kepuk jumlahnya.

▪︎ Kereta itu hanyalah besi yang pasti akan buruk juga. Akhirat jua adalah tempat yang kekal selama-lamanya. Pastikan kita ada plan takaful untuk bekalan keluarga bila kita telah tiada.

Moga nukilan pagi ini memberi manfaat untuk semua.

Sumber: Mohd Ezairol Rezan Zainol

Sesuap

Menu