Kita nampak kawan kita kerja kuat cari duit tak ingat dunia sehingga tidak ada masa untuk diluangkan bersama kawan.
Kita ingat dia lupa kawan,sehingga mengata dia dari belakang sebab lama sudah tidak bertegur.
Rupa-rupanya dia datang dari keluarga susah, tengah struggle cari duit untuk bantu keluarga di kampung.
Kita nampak kawan kita selalu buat lawak dan seperti tiada masalah.
Rupa-rupanya lawak yang dia buat untuk kita adalah cara untuk dia lupakan segala masalah dan tekanan yang dia hadapi.
Kawan ini bukan sekadar luang masa bersama. Apabila umur semakin meningkat,satu persatu kawan kita akan mula bawa diri.
Bukannya kerana lupa kawan, tetapi kerana komitmen hidup.
Jika kita tidak mampu memahami mereka,jangan pula kita judge mereka sesuka hati.
Ini lah kehidupan proses yang sentiasa bergerak dan tidak akan pernah berhenti.
Sumber: Aidil Nor Adha