Search
Search
Kerajaan lebih pentingkan pembangunan dari rakyat

Kerajaan lebih pentingkan pembangunan dari rakyat

Cuba fikir sikit je, ada tak anything yang kerajaan buat untuk kurangkan perbelanjaan isi rumah rakyat?

Ada tak? Den just nak tahu. Ada ke tak?

Bila den cakap orang kita suka guna ayat gini.

“Kita patut bersyukur kita duduk negara Malaysia yang aman.”

Aku duduk tempat lain pun aman juga. Tak ada pun berperang. Tak ada pun rusuhan. Elok je pergi kedai jalan kaki. Selamat je tak kena rompak tak kena samun.

Aku cuma wonder kenapa tak ada orang yang boleh nampak how sick kita punya society yang membenarkan kerajaan menindas kita secara terang-terangan.

Cuba bayangkan kalau kerajaan boleh baiki sistem pengangkutan awam dan boleh kurangkan atleast 50% – 65% perbelanjaan untuk kenderaan persendirian agak-agaknya rakyat senang tak?

Agak-agak membantu tak ekonomi isi rumah rakyat.

Kalau gaji 3000 – 50% utk kenderaan, installment, minyak, tol, parking, servis. Boleh save 1500. Agak-agak membantu rakyat tak?

Aku pun kalau boleh save duit kereta atleast 2000 gak aku jimat. Kat Malaysia ni kalau dah kahwin 1 kereta memang tak cukup. Atleast 1 kereta family 1 kereta pi pasar. Kalau ada 1 kereta kang rosak anak-anak pun susah nak pi sekolah.

Kita tak payah fikir founder yang beli Mustang or Lambo tu. Kita fikir average rakyat Malaysia yang struggle hidup dengan tangga gaji minimum.

Den suka Malaysia, tetambah Seremban. Tapi den memang tak suka pengurusan negara oleh pemimpin yang korup.

Just imagine la apa yang kerajaan buat untuk kurangkan perbelanjaan kita?

Apa projek yang kerajaan buat yang meningkat ekonomi isi rumah kita?

Ada tak any perancangan yang kerajaan cipta untuk bantu selesaikan isu kewangan rakyat?

Yang aku nampak kerajaan buat projek nanti tambah hutang kurangka subsidi untuk rakyat, naikkan cukai sana sini lepas tu naikkan harga barang mendadak. Tapi sadly gaji tak naik-naik.

Asyik dok menambah hutang negara berlawan nak buat bangunan tinggi. Nak lawan negara-negara lain. Tapi sekolah tak cukup, sistem untuk hospital pun out.

Staff semua burnout kerja macam nak mati. Cikgu stress, doktor stress. Semua orang kerja stress. Lelama Malaysia jadi negara pertama masalah mental.

Nak tambah perbelanjaan isi rumah memang tak boleh bergantung pada gaji aktif sahaja. Memang normallah kena buat 2-3 kerja kalau nak selesa.

End up tak ada life. Kau kerja untuk family tapi masa untuk keluarga tak ada. Masa untuk ibadah takde. Masa untuk beriadah pun tak ada.

Kau balik tidur makan dan begitulah sampai abang Jamil mampos.

Sumber: Ija Juhari

Sesuap

Menu