Search
Search
Nasihat serius buat pengantin baru

Nasihat serius buat pengantin baru

1. Berkahwin ni ada 3 fasa iaitu

– fasa berbulan madu
– fasa Power Struggle
– fasa Acceptance

2. Ketika fasa bulan madu ni pasangan kita kentut pun kita boleh cakap ” Eh sape sembur perfum ni? Sedapnya lahai “

3. Ketika fasa bulan madu semuanya akan jadi sangat indah. Keburukan pasangan kita umpama angin lalu sahaja.

4. Ketika sudah masuk fasa Power Struggle ketika itu kekurangan suami dan isteri perlahan lahan mula terbuka dan keduanya ada standard dan gaya hidup yang berbeza

5. Ketika fasa Power Struggle itu mungkin cara kita susun atur perabot pun berbeza, cara kita kemas bilik pun berbeza dengan pasangan kita hatta cara picit ubat gigi pun boleh jadi isu jika tak ditangani perbezaan itu dengan segera!

6. Perbezaan kita dengan pasangan kita boleh jadi kerana :

– cara didikan yang berbeza
– cara parenting yang berbeza
– persekitaran yang berbeza
– prinsip hidup yang berbeza

7. Ujian datang melalui titik terlemah diri kita. Ujian paling dasyat bagi seorang suami adalah wanita dan ketika si suami mempunyai segala gala manakala ujian paling dasyat seorang isteri adalah ketika si suami belum punya apa apa.

8. Walaupun bahtera perkahwinan tersebut melalui karang yang berbatu, lautan ribut yang bergelora dan angin kencang yang mengganas dan menggila akan sampai masanya ianya akan memasuki fasa stabil dan harmoni iaitu fasa Acceptance

9. Ketika itu kita sudah boleh menerima kelemahan juga kekurangan pasangan. Kita akan anggap kelemahan dan kekurangan adalah ciri unik pasangan kita yang membuatkan dia istimewa di mata kita

10. Ketika itu tiada lagi SAYA. Yang ada hanyalah KITA kerana kelemahan dan kekurangan pasangan adalah kelemahan diri kita dan kelebihan dan kekuatan pasangan adalah kelebihan dan kekuatan diri kita

Sumber: Taufiq Razif

Sesuap

Menu