Search
Search
Tak kecapi nikmat sekarang kalau give up hari tu

Tak kecapi nikmat sekarang kalau give up hari tu

Mana yang tengah struggle cari duit mungkin nak berniaga rasa tak pandai. Boleh cuba jadi Personal Shopper(PS), bagi sis PS ni juga unlimited income cuma badan dan otak kena fit.

Dulu sis dan husband kahwin muda kami tak dak kerja tetap, memang totally zero. Kahwin pulak masa husband tengah sambung degree cuma ada elaun study dia dalam 700 dan gaji sis keje dalam 1300 kot zaman tu.

Masa duk berdua ok lagi.. tapi bila ada anak kehidupan totally berbeza.. Nak besarkan anak tak mudah dengan pendapatan yang tak stabil..

Masa ada anak kami dah start biz macam-macam ada printing shop & bukak butik bundle kids..

Sampailah satu ketika, Allah gerakkan hati untuk merantau. Sebelum ni pernah p merantau dah ke Australia jalan-jalan, sambil intai-intai peluang dan rezeki Allah bagi anak first lepas dua tahun kahwin tak de anak dapat kat sini, Alhamdulilah.

Memang selama ni pernah ada impian nak study luar negara tapi sebab faktor kewangan tak jadi mohon study luar negara.

Sampailah jumpa study program mampu milik di Ausie. Setelah kira-kira lepas self funded. Then buat application further study.

Kami sangkakan hidup di negara orang senang dengan kewangan masa sampai cukup-cukup je.

Salah, tanggapan ni jujurnya masa sampai mula-mula 2 minggu pertama memang rasa nak balik je sebab home sick dan tak biasa dengan suasana luar.

Tapi Allah the best planner jika kami give up & balik awal mungkin kami tak dapat nikmat Allah bagi sekarang ni.

Aturan Allah cantik, ada je jalan DIA bagi kami untuk facing financial isue. Hidup di Sydney city mahal sama macam duk kt KL rumah mahal semua.

Masa di Ausie memang kami kerja 2-3 job sehari. Pulun selagi boleh. Macam kelas pulak tak pax sangat seminggu 2 kali je.. memang banyak masa nak keje dan buat income..

Sampailah satu saat sahabat-sahabat request beli barang di Aus jadi personal shopper. Mula-mula order kurang daripada 10 je.

Sendu juga, tapi Allah bukak pintu rezeki kami dari org tak kenal dah glamour jadi Personal Shopper kebetulan the only me sorang je PS di Sydney sebelum ni PS ramai di Melbourne.

Subhanallah, dari semasa ke semasa rezeki tak pernah putus sampai kami mampu beli honda jez dan settlekan few hutang di Malaysia.

Jadi Personal Shopper ni dapat upah je beli barang ambil dalam Aud3-10 je per item tapi sebab volume besar sampai kami pernah arrange kontena 20kaki masuk Malaysia order banyak. Alhamdulilah rezeki.

Rupanya kami tak sedar satu benda, aturan Allah tu maha cantik. Bilamana jadi Personal Shopper dulu kami dapat banyak client, sahabat baru dan dapat bina trust dan networking yang besar.

Masa jadi PS dan stay di Australia dulu purata client dalam 1ribu lebih. Jadi ada trust dgn mereka dan dah tercipta networking bersama.

Jadinya untuk buat apa jua biz kita memerlukan networking kita kena bina personal branding kita dulu. Bilamana ada cust cuba bagi the best servis jika ada kesilapan perbaiki.

Ramai tanya sis macam mana nak success dan buat apa pun menjadi. Sebenarnya kami belum sepenuhnya success masih belajar lagi.

Ada kala kami juga ada ujianya cuma sebab struggle life sebelum ni buatkan kami matang dan boleh handle apa yang terjadi.

Untuk dapat apa yang ada harini kami dah bina 6 tahun lepas. Personal branding, networking dan trust. Kalian yang baru nak mula buat biz atau tengah cuba untuk dapatkan income besar jangan cepat give up.

Baru mula dua bulan tak ada sales terus give up. Trust the process buat je sampai jadi. Tak ada org bermula semua meletup melainkan join skim cepat kaya tu menipu semua. Itu awal meletop akhir merana.

Kalau kita dilandasan betul awal sengsara tapi akhir kita rasa nikmat usaha itu bagaimana. InsyaAllah. Bila usaha letakkan tawakal itu padaNYA. Kadang kita ni tak yakin dengan rezeki takut-takut jadi Allah pun ujilah kita.

Tiba-tiba rasa nak menulis panjang mungkin terlalu banyak baca kisah sedih sahabat-sahabat yang struggle yang nak ubah nasib.

Tak ada duit nak berniaga dan tambah pendapatan tapi ada kemahuan untuk hidup senang boleh mulakan kerjaya sebagai Personal Shopper.

Sis dah buat experiment jadi PS di Malaysia juga alhamdulilah pendapatan upah PS pernah dapat RM1-2k sehari ni masa clearance sales.

Kalau hari biasa purata RM300-500 tak lari. Jadinya tak kisah dimana berada jika kalian mulakan pasti ada hasil. Do your best ok.

Sis doakan urusan sahabat yang membaca posting ini dipermudahkan. Kewangan adalah faktor utama ketika ini banyak masalah berpunca daripada faktor kewangan.

Jadinya carilah solutions kalau tak ada orang nak ambil bekerja cari peluang bekerja sendiri. “Where there is a will, there is a way”

Doakan sis juga terus success dan dipermudahkan urusan rezeki kami masih banyak komitmen dan achievement belum tercapai. Hutang pun masih ada berbaki๐Ÿ˜†

Nak tulis pendek je terpanjang pulak๐Ÿ˜ Good Luck semua ๐Ÿ’ช

Sumber: Nora Firdaus

Sesuap

Menu